Feb 25, 2010

Selawat dan Salam buat kekasih Allah


 

Marilah sama-sama kita mengingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya. Sesunnguh pada selawat tu..seribu satu kelebihan.


Selawat, secara umumnya adalah perkataan jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
  • Memperolehi selawat dari Allah.
  • Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
  • Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
  • Menghapuskan dosa.
  • Mendapat pertolongan
  • Tercapai keperluan hidup.
  • Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
  • Memperolehi nur zahir dan batin.
  • Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  • Memperolehi ucap selamat dari Allah.
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.
Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.
[http://berita-harian-online.com/kelebihan-selawat/]

Feb 18, 2010

Kelas Tasmik bermula


Bermula hari Ahad, 21 Feb 2010, kelas Tasmik sekolah akan bermula dengan melibatkan semua guru jqaf dan beberapa orang guru Pendidikan Islam [GPI], khususnya GPI yang mengajar tahun 6.

Berikut merupakan jadual pelaksanaan Kelas Tasmik untuk sesi 2010

HARI
TAHUN
MASA
AHAD
3 & 4
1.15 - 2.15 petang
ISNIN
1
12.45 - 1.45 petang
RABU
2
12.45 - 1.45 petang
KHAMIS
5
1.15 - 2.15

Manakala, murid tahun 6 pula akan mengikuti Kelas Tasmik semasa P&P Pendidikan Islam dijalankan mengikut jadual kelas masing-masing. Semua guru j-QAF dan GPI yang mengajar matapelajaran al-Quran tahun 6 telah diminta untuk meluangkan sedikit masa bagi memberi laluan kepada murid-murid untuk melakukan tasmik al-Quran.

Semoga kelas ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak, insyaAllah.


Feb 8, 2010

.Unit jQAF SKTM.


Unit jQAF 2007

Berdiri dari kiri: Ustazah Kartini, Ustazah Siti Hajar, Ustazah Nor Azizi dan Ustazah Nor Suriati
Duduk: Ustazah Maisarah dan Ustazah Nor Hafizi

: : Dalam Kenangan : :
Pada tahun 2008, Ustazah Siti Hajar Awang telah memohon pertukaran 'suka sama suka' dengan Ustazah Norlida Hanim yang pada masa itu sedang bertugas di Sabah. Kedatangan Ustazah Norlida Hanim dari Sabah kami alu-alukan...pemergian Ustazah Siti Hajar menjadi kenangan.


Unit jQAF 2010

Berdiri dari kiri: Ustazah Kartini, Ustazah Nor Hafizi, Ustazah Nor Azizi dan Ustazah Maisarah
Duduk dari kiri: Ustazah Nor Suriati, Ustaz Syafik Azizi, Ustazah Norlida Hanim & Ustazah W Nur Syahidah

.panitia agama Islam.



PANITIA AGAMA ISLAM


Tahun 2007

 Berdiri dari kiri: Ustz Maisarah, Ustz Che Esah, Ustz Haminah, Ustz Rosliza, Ustz Nor Azizi, Ustz Nor Suriati, Ustz Kartini & Ustz Nor Hafizi
Duduk dari kiri: Ustz Siti Hajar, Ustz Siti Hajar, Ustaz Wan Ahmad Hasbi, Ustz Huzaimah &  Ustz Wan Uyuni


: : Dalam Kenangan : :
Pada tahun 2008, dua orang guru agama Islam telah berpindah. Ustaz Wan Ahmad Hasbi [SK Amer] dan Ustazah Siti Hajar Awang [Sabah]. Pada tahun 2009, Ustazah Huzaimah telah berpindah ke Kuantan.

********************************************


 Tahun 2010

 
Berdiri dari kiri: Ustz Haminah, Ustz Hangkikah, Ustz W Nur Syahidah, Ustz Siti Hajar, Ustz Nor Suriati, Ustz Nor Azizi, Ustzh Nor Hafizi dan Ustz Maisarah
Duduk dari kiri: Ustz Che Esah, Ustzh Manira, Ustz Norlida Hanim, Ustaz Haizul Azwan, Ustaz Syafik Azizi, Ustz Kartini, Ustz Wan Uyuni dan Ustz Rosliza


Feb 3, 2010

.mari bertaaruf.


tak kenal maka tak cinta.
justeru...mari kita berkenalan dengan Unit jQAF SKTM

: : Tahun 2005 : :
Unit jQAF mula ditubuhkan dengan kehadiran 3 orang ustazah

 
Ustazah Maisarah [BA]

 
Ustazah Nor Azizi [PI]

 
Ustazah Kartini [PI]

Mereka telah menjadi tulang belakang penubuhan Unit jQAF dengan bantuan dan kerjasama semua Guru Pendidikan Islam sekolah dan pihak pentadbir.


: : Tahun 2006 : :
Pada tahun kedua pelaksanaa program jQAF, pihak JPN telah menghantar 2 orang lagi ustazah. Kedua mereka merupakan ustazah Pendidikan Islam.

 
Ustazah Nor Suriati [PI]

 
Ustazah Siti Hajar [PI]

Kehadiran mereka ke SKTM, khususnya dalam Unit jQAF telah membantu memantapkan lagi pengurusan dan pelaksaan Unit jQAF SKTM


: : Tahun 2007 : :
Pada tahun ketiga, seorang lagi ustazah telah menyertai Unit jQAF. Beliau merupakan guru Bahasa Arab

 
Ustazah Nor Hafizi

Pada akhir tahun 2007, Ustazah Siti Hajar telah memohon pertukaran guru 'suka sama suka' dengan seorang ustazah jQAF yang sedang berkhidmat di Sabah. Pertukaran ini, bagaimana pun, tidak melemahkan Unit jQAF. Sebaliknya, kehadiran ustazah baru tetap bererti buat kami. Pemergian Ustazah Siti Hajar tetap kami rasai.


: : Tahun 2008 : :
Ustazah Norlida Hanim merupakan ustazah yang bertukar 'suka sama suka' dengan Ustazah Siti Hajar. Beliau merupakan ustazah Pendidikan Islam.

Ustazah Norlida Hanim

: : Tahun 2009 : :
Akhirnya, setelah 3 tahun pelaksanaan jQAF di SKTM, hanya pada tahun 2009 sahaja unit ini menerima mendapat seorang Ustaz. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Syafik Azizi. Pada masa yang sama, unit ini juga menerima seorang lagi ustazah dan menjadikan jumlah guru jQAF di SKTM ialah seramai 8 orang. 

Ustaz Syafik Azizi [BA]

Ustazah Wan Nur Syahidah [PI]


semoga unit ini akan terus mantap dan berjaya dalam merealisasikan modul, harapan dan objektif pelaksanaan jQAF. InsyaAllah

Feb 2, 2010

.ahlan wa sahlan.


Assalamualaikum wrt wbt

Ahlan wa Sahlan ila blog SK Tengku Mahmud, Besut. Blog ini dibangunkan sebagai satu simbol kejayaan Unit jQAF SKTM dalam membuktikan bahawa kami golongan ustazah dan ustaz juga bijak IT. Sudah sekian lama..hasrat untuk memiliki blog sendiri disuarakan oleh rakan-rakan jqaf. Bagaimanapun....menyedari bahawa usaha utk memantapkan dan mengemas kinikan sesebuah blog itu sebenarnya jauh lebih sukar dari membinanya. Maka...dipendamkan sahaja hasrat itu. Namun, setelah memikirkan bahawa tahun 2010 merupakan tahun ke-6 pelaksanaan jQAF di SKTM, maka wajarlah blog ini dibangunkan. Meskipun sukar...insyaAllah, 'di mana ada usaha...di situ pasti ada jalannya'.

InsyaAllah, blog ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat tentang jQAF SKTM khususnya dan jQAF seMalaysia amnya, InsyaAllah.

Semoga usaha ini akan diberkati Allah Taala, InsyaAllah